Semua institusi pendidikan KL beroperasi seperti biasa esok

Semua institusi pendidikan KL beroperasi seperti biasa esok

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Kuala Lumpur akan beroperasi secara bersemuka seperti biasa esok.

Bagaimanapun Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) berkata, semua aktiviti luar bilik darjah akan ditangguhkan sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

Katanya, warga sekolah termasuk murid turut digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu semasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ibu bapa atau penjaga yang bimbang akan tahap kesihatan anak untuk hadir ke sekolah berikutan keadaan jerebu boleh memilih untuk tidak menghantar anak mereka.

“Bagaimanapun, pihak ibu bapa atau penjaga hendaklah memaklumkan ketidakhadiran tersebut kepada pihak sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPWPKL turut meminta semua pihak supaya terus peka terhadap perkembangan semasa dan mematuhi nasihat pihak berkuasa berkaitan keadaan jerebu.

“Keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta warga pendidikan sentiasa menjadi keutamaan JPWPKL,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini