Indeks Pelopor catat pertumbuhan 115.9 mata peratus pada Ogos

Indeks Pelopor catat pertumbuhan 115.9 mata peratus pada Ogos

PROSPEK pengembangan ekonomi Malaysia yang berterusan, disokong oleh unjuran pertumbuhan ekonomi negara yang positif.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks Pelopor (IP) Malaysia mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 2.2 peratus pada Ogos 2026 dengan mencapai 115.9 mata berbanding 113.4 mata pada bulan sama tahun sebelumnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, pertumbuhan itu didorong terutamanya oleh peningkatan import benar semikonduktor sebanyak 18.7 peratus.

“Bagaimanapun, prestasi keseluruhan IP diimbangi oleh pertumbuhan lebih sederhana dalam beberapa komponen, terutamanya Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada asas bulanan, IP turut mencatatkan peningkatan sebanyak 0.2 peratus, disumbangkan oleh Bilangan Syarikat Baru Didaftar yang meningkat 0.7 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Melihat kepada jangkaan masa hadapan, DOSM berkata, arah aliran jangka panjang IP pada Ogos 2026 melepasi paras trend kepada 100.2 mata.

“Ini mencerminkan prospek pengembangan ekonomi Malaysia yang berterusan, disokong oleh unjuran pertumbuhan ekonomi negara yang positif, selain pemulihan industri berorientasikan eksport dan permintaan global yang berterusan terhadap semikonduktor, khususnya bagi memenuhi keperluan kecerdasan buatan (AI) dan pelaburan teknologi,” katanya.

DOSM berkata, Indeks Serentak (IS) yang menggambarkan prestasi ekonomi semasa mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun kepada 131.4 mata pada Ogos 2026 berbanding 128.9 mata pada bulan sama tahun lalu.

“Pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan 9.9 peratus dalam Nilai Caruman Benar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Bagaimanapun, pada asas bulanan, IS menunjukkan pengurangan marginal sebanyak 0.1 peratus susulan penurunan Kapasiti Penggunaan dalam Pembuatan sebanyak 0.2 peratus,” katanya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini