JAKARTA: Sekumpulan saintis berkunjung ke Kalimantan, kawasan yang paling teruk dilanda kebakaran hutan bagi menjalankan kajian lapangan.
Saintis iklim dari Universiti Liverpool John Moores, Maria Nolan berada di kawasan hutan untuk mengukur pelepasan gas daripada kebakaran yang masih aktif.
Setakat ini, pasukannya mengesan pelepasan karbon dioksida, karbon monoksida, metana dan nitrus oksida dari kawasan tanah gambut.
Saintis gambut dari Universiti Leeds, Resti Salmayenti mendapati tanah gambut tahun ini jauh lebih kering berbanding 2024, ketika fenomena El Nio yang kuat sedang berlaku.
Menurut Resti, pada 2024, air masih boleh ditemukan kira-kira 40 sentimeter di bawah permukaan tanah hutan.
Namun, berdasarkan pengukuran saintis pagi ini di kawasan yang terbakar, paras air berada hampir tiga meter di bawah permukaan tanah.
“Lapisan tanah gambut kering yang tebal boleh menyebabkan kebakaran merebak lebih cepat, bertahan lebih lama dan meluas ke kawasan yang jauh lebih besar.
“Kesan kebakaran ini amat serius. Tanah gambut semakin berkurangan kerana terbakar dan teroksida, sekali gus membebaskan pelepasan karbon yang menyumbang kepada perubahan iklim,” katanya.-AGENSI











