Yang sudah bermaafan jangan kita adu-adukan lagi - Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Yang sudah bermaafan jangan kita adu-adukan lagi – Siti Nurhaliza

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, meminta orang ramai tidak terus memanjangkan perselisihan membabitkan menantunya, Izara Aishah, dengan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora, selepas kedua-dua pihak tampil menjelaskan keadaan dan memohon maaf.

Siti berkata, apabila individu yang berselisih sudah memilih untuk saling memaafkan, masyarakat seharusnya menghormati keputusan itu dan tidak terus menghakimi atau mengungkit perkara yang sudah berlaku.

Menerusi perkongsian di Instastory, penyanyi itu mengingatkan bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, terutama apabila emosi mendahului pertimbangan sehingga mencetuskan salah faham.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap manusia ada khilaf. Ada waktunya emosi mendahului pertimbangan, dan sebuah hubungan diuji dengan salah faham.

“Namun apabila dua insan yang berselisih sudah memilih untuk saling memaafkan, di situlah seharusnya cerita itu berhenti – bukan terus dipanjangkan oleh mereka yang berada diluar,” katanya.

Siti turut memetik hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim, yang menekankan bahawa seorang Muslim tidak sepatutnya memutuskan hubungan dengan saudaranya melebihi tiga malam, manakala individu terbaik antara kedua-duanya ialah yang terlebih dahulu memulakan salam.

Menurutnya, Islam tidak mengajar umatnya mencari siapa yang menang dalam sesuatu perselisihan, sebaliknya mengutamakan perdamaian dan usaha memperbaiki hubungan.

“Indahnya Islam, kita tidak diajar untuk mencari siapa yang menang dalam sebuah perselisihan. Kita diajar untuk mencari jalan kembali kepada perdamaian.

“Meminta maaf tidak menjadikan seseorang itu rendah. Memaafkan pula tidak menjadikan seseorang itu kalah. Kedua-duanya memerlukan keberanian dan kebesaran hati,” katanya.

Beliau turut berpandangan bahawa apabila pihak yang terlibat sendiri sudah berdamai, masyarakat tidak lagi perlu mengambil peranan untuk menghakimi, mengungkit atau memilih pihak.

Sebaliknya, Siti mengajak orang ramai mendoakan agar hubungan yang terjejas kembali pulih dan silaturahim yang diuji menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Katanya, setiap individu juga berkemungkinan berdepan situasi sama apabila tersalah kata atau mengalami salah faham, sekali gus mengharapkan peluang untuk memperbaiki keadaan.

“Kita juga tidak pernah tahu bila kita sendiri akan berada dalam keadaan yang sama, tersalah kata, tersalah faham, kemudian berharap diberi ruang untuk memperbaiki keadaan.

“Yang sudah bermaafan, jangan kita adu-adukan lagi. Yang sudah berdamai, jangan kita nyalakan kembali apinya.

“Semoga Allah menjaga tutur kata kita, melembutkan hati kita dan memelihara persaudaraan sesama kita.Kerana akhirnya, menjaga silaturahim jauh lebih indah daripada memenangkan sebuah perselisihan,” katanya.

Terdahulu, kekecohan berkenaan tercetus selepas Izara menerusi hantaran di Threads menegur pasukan Lesti yang didakwa bersikap kurang mesra ketika Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Izara turut mendakwa pasukan berkenaan hanya menunjukkan kemesraan apabila berhadapan dengan individu terkenal atau orang kenamaan (VIP). Hantaran itu bagaimanapun dipadamkan selepas mencetuskan pelbagai reaksi dan salah faham dalam kalangan pengguna media sosial.

Isu itu kemudian mendapat perhatian suami Lesti, pelakon Indonesia, Rizky Billar, yang mempersoalkan teguran Izara selain mendakwa seorang pengawal peribadi yang dipercayai daripada pasukan pelakon berkenaan menegur anaknya dengan kasar.

Lesti kemudiannya menjelaskan bahawa beliau tidak berada di lokasi ketika kejadian, sebaliknya dimaklumkan seorang petugas keselamatan melarang anaknya daripada menyentuh Izara ketika ahli keluarganya mahu menghampiri Siti untuk bergambar.

Penyanyi itu turut memohon maaf sekiranya kejadian berkenaan menimbulkan rasa kurang selesa kepada mana-mana pihak, selain menegaskan beliau dan keluarga tidak berniat bersikap biadab atau tidak menghormati sesiapa.

Izara pula mengakui tindakannya menegur secara terbuka mungkin mengguris perasaan Lesti, sebelum tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa hantaran terdahulu dipadamkan kerana terlalu banyak salah faham serta pihak yang tidak berkaitan turut dikaitk

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini