Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat curi motosikal di Bukit Bintang

Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat curi motosikal di Bukit Bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes curi motosikal di Jalan Bukit Bintang di sini pada 26 September lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, tangkapan dilakukan selepas laporan berhubung kehilangan sebuah motosikal jenis Honda RS150 berwarna hitam kira-kira pukul 2.11 pagi pada hari sama.

“Bertindak atas maklumat, tiga suspek berusia antara 20 hingga 32 tahun ditahan semalam kerana dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Azwan berkata, polis turut merampas dua motosikal, sehelai seluar jeans dan sepasang selipar bagi membantu siasatan.

“Kita berjaya menyelesaikan tiga kes lain di sekitar kawasan Dang Wangi hasil penahanan ketiga-tiga suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Kesemua suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-2600 2222,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini