Enam ahli ‘Geng Hadi’ aktif curi motosikal ditahan

Enam ahli ‘Geng Hadi’ aktif curi motosikal ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket curi motosikal dikenali ‘Geng Hadi’ selepas penahanan enam individu dalam serbuan berasingan sekitar Kepong, di sini pada Sabtu lalu.

Kesemua suspek berusia lingkungan 15 ke 33 tahun aktif melakukan kegiatan mencuri motosikal untuk dijual sebagai alat ganti sejak Januari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintenden Jasni Zolpa berkata, ketua kumpulan dikenali sebagai Hadi berusia 18 tahun yang juga seorang penganggur dipercayai meleraikan motosikal yang dicuri lalu membuang rangka motosikal ke dalam sungai.

“Pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun yang bekerja sebagai penghantar surat melaporkan motosikal jenis Honda EX5 miliknya dicuri pada 13 Mei di Flat Mutiara, Taman Fadason.

“Susulan itu Bahagian D4 Bahagian Siasatan Jenayah Sentul menjalankan risikan dan berjaya menahan enam suspek terbabit dan merampas dua motosikal,” katanya pada sidang akbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini hari ini.

Menurutnya, dengan tertangkapnya keenam-enam suspek terbabit termasuk dalang utama kumpulan itu pihak polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lapan kes kecurian motosikal di daerah Sentul.

Katanya, semakan mendapati kesemua suspek memiliki rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan ujian urin pula didapati negatif.

“Hasil siasatan lanjut pihak polis menemukan lima rangka motosikal dalam keadaan tidak sempurna di dalam sungai dan satu cover set motosikal serta merampas dua telefon bimbit daripada suspek.

“Semua rampasan dibawa ke IPD Sentul hasil tangkapan dan rampasan berjaya menyelesaikan lapan kes berkaitan curi motosikal yang berlaku di sekitar kawasan Sentul dan jumlah kerugian dianggarkan lebih kurang RM20,000,”jelasnya.

Jasni berkata, kesemua suspek direman bermula 17 Mei hingga hari ini termasuk remaja bawah umur yang sudah tidak bersekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN