Banjir: JPN Kelantan beri tumpuan kepada calon SPM di Tumpat, Pasir Mas

Banjir: JPN Kelantan beri tumpuan kepada calon SPM di Tumpat, Pasir Mas

SITI Norina Muhamad (kiri) bergambar bersama Muhammad Syakir Zailani (dua dari kiri) pada Majlis Sanjungan Wira Pendidikan Khas ke Global It Challenge di Vietnam 2026, Muhammad Syakir Zailani di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan memberi tumpuan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di jajahan Pasir Mas dan Tumpat sebagai persediaan awal menghadapi banjir tahun ini.

Pengarahnya, Siti Norina Muhamad berkata, calon yang dikenal pasti akan dipindahkan ke asrama sekolah beberapa hari sebelum peperiksaan bermula bagi memastikan persediaan mereka tidak terjejas.

Katanya, langkah itu akan dilaksanakan berdasarkan keadaan kawasan sekolah yang dijangka terjejas banjir, selain mengambil kira kekosongan asrama di sekolah yang dikenal pasti sebagai lokasi penempatan sementara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara kawasan yang diberi perhatian ialah Tumpat dan Pasir Mas berdasarkan pengalaman menghadapi banjir sebelum ini.

“Persediaan rapi juga sudah dilakukan termasuk mendapatkan data kekosongan asrama di sekolah yang menjadi sasaran penempatan calon SPM yang terlibat banjir,” katanya selepas Majlis Sanjungan Wira Pendidikan Khas ke Global IT Challenge di Vietnam 2026, bagi meraikan Muhammad Syakir Zailani di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini