1 maut, 19 orang termasuk pelajar Israel cedera akibat letupan ketika aktiviti mendaki - Utusan Malaysia

1 maut, 19 orang termasuk pelajar Israel cedera akibat letupan ketika aktiviti mendaki

GAMBAR fail pagar sempadan Israel dengan Lubnan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Sekurang-kurangnya seorang pendaki terbunuh manakala 19 yang lain cedera pada Isnin apabila bahan letupan yang belum meletup meledak berhampiran sempadan utara Israel dengan Lubnan, menurut laporan media Israel.

Akhbar harian Yedioth Ahronoth melaporkan seorang daripada pendaki yang cedera dalam letupan ketika menyertai lawatan tahunan sekolah itu meninggal dunia, memetik perkhidmatan kecemasan MDA.

Ketika kejadian, sekumpulan pelajar sekolah menengah atas Israel melakukan aktiviti mendaki berhampiran sempadan Lubnan. Letupan itu dipercayai berpunca daripada bahan letupan yang belum meletup, menurut pegawai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tentera Israel berkata, anggota tentera dan helikopter dihantar ke lokasi kejadian di utara Israel, wilayah yang menjadi tempat tentera Israel melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Lubnan, manakala pejuang Hizbullah di negara itu sesekali melancarkan roket merentasi sempadan.

Memetik sumber perubatan, polis Israel berkata, andaian awal ialah letupan itu berpunca daripada bahan letupan yang belum meletup.

Pihak berkuasa perbandaran bandar Maalot-Tarshiha di utara Israel berkata, kejadian itu mencederakan pelajar dan kakitangan sebuah sekolah menengah agama ketika mereka menyertai lawatan.

Sebelum itu, MDA memaklumkan bahawa lapan daripada mangsa mengalami kecederaan parah atau sederhana, manakala anggota paramedik sedang memberikan rawatan kepada mereka.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu membatalkan jadualnya dan sedang meneliti perkembangan berhubung insiden serius  itu, menurut pejabatnya.

“Perdana Menteri meminta supaya mangsa yang cedera dipindahkan ke hospital secepat mungkin dan beliau terus mengadakan penilaian secara berterusan,” menurut kenyataan pejabat Netanyahu.

Tentera Israel berkata, anggota tenteranya berada di lokasi untuk memberikan bantuan, manakala helikopter tentera udara sedang menuju ke tempat kejadian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini