Harimau Malaya berdepan laluan berliku?

Harimau Malaya berdepan laluan berliku?

Malaysia berada di kedudukan ke-133 dunia dan keputusan dua aksi menentang China pada 14 dan 17 November ini di Guangzhou dijangka mempengaruhi kedudukan kemaskini ranking berikutnya. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia hampir pasti berada dalam Balang 3 menjelang cabutan undi pusingan kelayakan Piala Dunia 2030/Piala Asia 2031, sekali gus meletakkan Malaysia bakal berdepan pasukan gergasi Asia.

Selain Malaysia, Indonesia dan juga Filipina turut dijangka berada dalam Balang 3, manakala satu lagi posisi dalam balang berkenaan diperuntukkan untuk pemenang bagi aksi pusingan pertama kelayakan.

Sementara itu, dua kuasa utama ASEAN, Thailand dan Vietnam berada dalam Balang 2 berdasarkan kedudukan ranking semasa, namun segalanya boleh berubah selepas jendela aksi antarabangsa pada bulan depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Balang 4 pula akan diisi pemenang pusingan pertama kelayakan dengan 10 pemenang peringkat itu akan bersaing dengan 26 pasukan lain dalam sembilan kumpulan untuk merebut slot ke pusingan ketiga.

Menurut Footy Rankings, hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan saja layak ke pusingan seterusnya dan keputusan dalam pusingan kelayakan juga menentukan status pasukan dalam peringkat AFC Nations League.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan mahu Harimau Malaya memanfaatkan dua aksi persahabatan menentang China pada bulan depan bagi menaikkan ranking.

Katanya, skuad negara perlu meraih keputusan positif dalam setiap perlawanan antarabangsa bagi memastikan Malaysia berada dalam balang terbaik ketika undian kelayakan kejohanan berkenaan dilakukan.

“Kita mahu berada pada kedudukan ranking yang lebih baik. Kita juga merancang mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan antarabangsa Tier 1 yang menawarkan mata untuk meningkatkan ranking kita.

“Tujuan utama adalah untuk mendapatkan balang yang lebih baik ketika undian kelayakan Piala Dunia 2030 dan juga kelayakan Piala Asia 2031. Jadi, kita perlu berusaha mendapatkan kedudukan yang baik,” katanya.

Malaysia kini berada di kedudukan ke-133 dunia dan keputusan dua aksi menentang China pada 14 dan 17 November ini di Guangzhou dijangka mempengaruhi kedudukan kemaskini ranking berikutnya.

Dua pertemuan itu menjadi peluang penting buat skuad negara menguji kemampuan menentang pasukan China yang menduduki kelompok 100 terbaik dunia dan berada pada tahap berbeza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini