Taiwan pantau latihan ketenteraan China

Taiwan pantau latihan ketenteraan China

SEBUAH kapal rondaan Pengawal Pantai Taiwan (kanan) belayar berhampiran kapal Pengawal Pantai China di perairan selatan Kinmen, Taiwan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Taiwan akan memantau rapi latihan tembakan sebenar yang dijalankan China di perairan berhampiran pantainya dari 12 hingga 20 Oktober ini, kata Menteri Pertahanan, Wellington Koo.

Beliau berkata, Taiwan akan terus memantau semua aktiviti ketenteraan China, termasuk latihan menembak, sebagai langkah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Berpegang pada prinsip bersiap sedia menghadapi kemungkinan terburuk, kami akan terus memantau rapi semua aktiviti mereka, sama ada melibatkan tembakan atau latihan ketenteraan lain,” katanya kepada pemberita hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pihak berkuasa maritim China sebelum ini mengumumkan latihan berkenaan akan berlangsung di Laut Bohai, Laut Kuning, Laut China Timur dan Laut China Selatan.

Latihan itu dijadualkan berlangsung di perairan berhampiran pantai China.

Beijing mendakwa Taiwan sebahagian daripada wilayahnya dan mengancam menggunakan kekerasan untuk membawa pulau itu di bawah kawalannya.

“Perlu ditegaskan bahawa latihan ketenteraan berterusan oleh Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China yang menimbulkan kebimbangan di seluruh rantau Indo-Pasifik wajar diberi perhatian serius dan dikecam,” katanya.

China mengerahkan jet pejuang, kapal perang dan kapal pengawal pantai di sekitar Taiwan hampir setiap hari, selain kerap mengadakan latihan ketenteraan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan serangan terhadap pulau itu.

Taiwan pula melaburkan berbilion-bilion dolar untuk meningkatkan keupayaan pertahanannya.

Presiden Lai Ching-te pada Sabtu berkata, langkah itu bertujuan untuk ‘mencegah perang’, bukannya memulakannya.

Pejabat Hal Ehwal Taiwan China menuduh Lai mencetuskan konfrontasi di Selat Taiwan.

Kerajaan Lai memperuntukkan perbelanjaan pertahanan berjumlah rekod NT$1.1 trilion (RM140.9 bilion) bagi 2027, bersamaan lebih tiga peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini