PRN Melaka: Kerjasama Pas, BN positif - Hadi Awang

PRN Melaka: Kerjasama Pas, BN positif – Hadi Awang

ABDUL Hadi Awang menandatangani plak sebagai gimik merasmikan Kompleks Pas DUNLadang, Kuala Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Rundingan kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menunjukkan perkembangan positif apabila persetujuan pada dasarnya sudah dicapai.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pembahagian kerusi dan pemilihan calon masih dalam perbincangan sebelum keputusan muktamad dibuat.

“Pada dasarnya, sebahagian besar rundingan sudah mencapai persetujuan. Bagaimanapun, jumlah kerusi masih dalam perbincangan dan calon-calon juga akan dibincangkan,” katanya selepas Majlis Perasmian Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang di Jalan Pusara, di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kompleks DUN Ladang yang menelan kos pembinaan RM1.5 juta itu akan beroperasi sebagai Pusat Khidmat Dun Ladang yang baharu.

Abdul Hadi berkata, pendekatan kerjasama politik perlu mengambil kira keadaan dan keperluan di setiap negeri termasuk Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.

Katanya, nama calon yang dicadangkan akan dibincangkan sebelum dikemukakan untuk mendapat kelulusan Majlis Syura Ulama Pas.

Sementara itu, mengulas mengenai Belanjawan 2027 yang dibentangkan semalam, beliau berkata, Pas mempunyai pandangan berbeza terhadap beberapa perkara dalam belanjawan itu, termasuk perkara yang dipersetujui dan yang perlu diperhalusi. 

Katanya, pendirian parti berhubung perkara berkenaan akan dijelaskan dengan lebih lanjut menerusi perbahasan di Parlimen dalam tempoh empat minggu akan datang.

Menurutnya, antara perkara yang turut menjadi perhatian adalah kemungkinan kenaikan gaji memberi kesan kepada inflasi sekali gus meningkatkan beban kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata, kerajaan perlu memberi perhatian kepada langkah mengawal inflasi khususnya membabitkan harga barangan keperluan.

Katanya, penguasaan pasaran oleh syarikat besar atau amalan kartel dalam sektor tertentu juga perlu ditangani bagi memastikan harga barangan tidak terus membebankan pengguna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini