PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar Geran Rukun Tetangga daripada RM6,000 kepada RM10,000 setahun bagi setiap kawasan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berdaftar yang aktif di seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan peruntukan tahunan berkenaan bertujuan membolehkan KRT memperkasakan pelbagai aktiviti perpaduan, kemasyarakatan dan integrasi nasional di peringkat akar umbi.
“Langkah berkenaan dijangka dapat menyemarakkan lagi semangat kejiranan serta memperkukuh keharmonian dalam kalangan komuniti pelbagai kaum dan agama menerusi penganjuran program-program tempatan yang lebih berimpak,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN
Memuatkan artikel berkaitan…











