Malaysia terus kukuh sebagai destinasi pelaburan pilihan 

Malaysia terus kukuh sebagai destinasi pelaburan pilihan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALAYSIA terus memperkukuh kedudukan sebagai destinasi pelaburan yang menarik disokong oleh peningkatan daya saing dan minat pelaburan yang berterusan.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2027, perkembangan tersebut membuka peluang kepada negara untuk memacu industri semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), perkhidmatan digital, peralihan tenaga, farmaseutikal, logistik dan aeroangkasa melalui pelbagai dasar negara. 

“Walaupun kelulusan pelaburan terus meningkat, namun beberapa penilaian oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) dan Bank Dunia antaranya telah menunjukkan cabaran berterusan dalam menzahirkan pelaburan yang diluluskan kepada pelaksanaan projek di lapangan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cabaran tersebut merangkumi aspek kawal selia, operasi, tenaga mahir, penyertaan  dalam rantaian bekalan domestik serta penerimagunaan teknologi dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan,” katanya laporan itu.

Menurut laporan itu, tenaga dan daya tahan iklim Malaysia menghadapi cabaran yang semakin meningkat dalam mengimbangi antara penyahkarbonan dengan keperluan memperkukuh ketahanan terhadap risiko berkaitan iklim. 

Berdasarkan kedudukan kelapan daripada 24 ekonomi Asia Pasifik dan ke-95 pada peringkat global dalam Indeks Prestasi Alam Sekitar (EPI) 2026, infrastruktur dan pelaburan yang besar diperlukan untuk mempertingkatkan kecekapan tenaga, memperluas penggunaan tenaga boleh baharu (TBB) dan membangunkan teknologi rendah karbon. 

“Walau bagaimanapun, usaha mitigasi dan adaptasi iklim perlu seiring dengan peningkatan pendedahan kepada cuaca ekstrem di seluruh dunia dan memerlukan pembiayaan yang besar.

“Pengukuhan keterjaminan bekalan air penting bagi mengurangkan gangguan bekalan pada “ masa hadapan memandangkan jurang dalam kecekapan dan daya tahan bekalan masih wujud,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini