Ekstrak thuja orientalis untuk rambut sihat - Utusan Malaysia

Ekstrak thuja orientalis untuk rambut sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rambut yang lebat dan sihat bukan sahaja menjadi idaman ramai, malah sering dikaitkan dengan penampilan menarik dan terjaga.

Bagaimanapun, impian itu boleh terjejas apabila rambut mula gugur dan kehilangan ketebalannya. 

Tekanan, kurang tidur, perubahan hormon dan proses penuaan antara faktor yang boleh mempengaruhi keadaan rambut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Manakala rawatan mewarna yang kerap pula boleh menyebabkan helaian menjadi rapuh dan mudah patah.

Justeru, pelbagai formulasi diperkenalkan dengan menggabungkan bahan yang membantu membersihkan kulit kepala dan memelihara keadaan rambut. 

Antaranya ialah penggunaan ekstrak daun thuja orientalis, yang sejak sekian lama dimanfaatkan dalam amalan penjagaan rambut tradisional.

Bahan botani berkenaan digabungkan dengan teknologi pengekstrakan hairdensyl yang menjadi antara ramuan dalam Seika, syampu anti-keguguran rambut keluaran Ouji Seiyaku. 

Ia dirumus untuk membersihkan kulit kepala, menyuburkan folikel serta membantu rambut kelihatan lebih kuat dan lebat. 

“Ekstrak daun thuja orientalis menyingkirkan lebihan minyak dan kotoran yang berbahaya kepada kulit kepala, sambil menyuburkan akar dan meningkatkan daya ketahanan setiap helaian rambut. 

“Lama-kelamaan, ia membantu memulihkan folikel yang lemah, menjadikan rambut kelihatan lebih lebat, tebal dan kuat dengan penggunaan yang konsisten,” katanya.

Syampu ini ditawarkan dalam dua varian, gold dan platinum dan boleh didapati di farmasi terpilih, peruncit produk kecantikan dan penjagaan diri serta platform e-dagang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini