Penyelaras Parlimen bukan ganti Ahli Parlimen

Penyelaras Parlimen bukan ganti Ahli Parlimen

MUSTAPHA SAKMUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelantikan penyelaras Parlimen bukan bertujuan mengambil alih fungsi Ahli Parlimen, sebaliknya memperkukuh penyelarasan projek pembangunan, program komuniti dan penyampaian bantuan kerajaan tanpa melibatkan implikasi kewangan tambahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, pelantikan itu tertakluk kepada pertimbangan dan persetujuan Perdana Menteri berdasarkan keperluan di kawasan berkenaan.

Katanya, pelantikan penyelaras Parlimen tidak melibatkan pembayaran elaun tambahan atau penyediaan peruntukan khusus bagi penyelenggaraan pejabat dan operasi jawatan berkenaan.

“Pelantikan penyelaras Parlimen tidak membabitkan sebarang implikasi kewangan tambahan kepada kerajaan.

“Ini termasuk pembayaran elaun tambahan atau penyediaan peruntukan khusus bagi penyelenggaraan pejabat dan operasi jawatan berkenaan,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman rasmi Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) mengenai kriteria penentuan kawasan Parlimen yang memerlukan penyelaras serta implikasi kewangan susulan pelantikan jawatan berkenaan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini