Abdul Latif sedia buru emas keempat Para Asia

Abdul Latif sedia buru emas keempat Para Asia

Abdul Latif Romly memburu emas keempat berturut-turut dalam acara T20 (intelektual) pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly berada pada tahap terbaik untuk memburu emas keempat berturut-turut dalam acara T20 (intelektual) pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih daripada sekadar mempertahankan kejuaraan, atlet berusia 29 tahun itu turut memasang sasaran untuk memperbaharui rekod dunia 7.67 meter (m) miliknya yang dilakar pada Kejohanan Para Olahraga Dunia di New Delhi, India tahun lalu.

Latif berkata, persiapannya berjalan lancar dengan keadaan fizikal berada pada tahap terbaik selain tidak dibelenggu sebarang kecederaan menjelang temasya berkenaan.

“Ini merupakan Sukan Para Asia keempat saya dan sudah tentu sasaran utama adalah mempertahankan emas buat kali keempat. Alhamdulillah, saya sudah bersedia sepenuhnya.

“Dari segi mental dan fizikal semuanya berada dalam keadaan baik. Saya juga bebas kecederaan dan bersedia untuk memberikan saingan terbaik di sana nanti,” katanya kepada Majlis Sukan Negara (MSN).

Latif sebelum ini membuktikan penguasaannya dalam acara berkenaan apabila meraih emas pada tiga edisi berturut-turut bermula di Incheon 2014, diikuti Jakarta 2018 dan Hangzhou 2022.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara, Muhammad Nazmi Nasri turut mengintai peluang menghadiahkan emas menerusi acara lompat jauh T37 (cerebral palsy) pada penampilan sulungnya di pentas Para Asia.

“Saya sangat gembira kerana ini merupakan penampilan pertama saya di Para Asia dan diberi tanggungjawab membawa bendera. Saya akan memberikan yang terbaik dan cuba mendapatkan pingat emas untuk Malaysia,” katanya.

Kontinjen negara menyasarkan enam emas, 10 perak dan 18 gangsa pada edisi kali ini yang dijadual berlangsung dari 18 hingga 24 Oktober ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini