Kalau boleh saya nak kahwin cepat - Aniq Suhair - Utusan Malaysia

Kalau boleh saya nak kahwin cepat – Aniq Suhair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Impikan seseorang yang bekerja di luar industri seni.”

Memuatkan artikel berkaitan…

Demikian kata pelakon, Aniq Suhair, 25, yang berkongsi ciri-ciri wanita untuk dijadikan isterinya.

Pada pandangan Aniq, perkara itu penting untuk memastikan perkahwinan itu berkekalan.

“Supaya ada perbezaan yang boleh dikongsi bersama. Contoh seorang arkitek atau guru.

“Sekurang-kurangnya ada perkara lain yang menjadi intipati perbualan harian kami,” katanya.

Kata pelakon Bisikan Nafsu itu, dia sebolehnya ingin menamatkan zaman bujang secepat mungkin.

Katanya hal demikian atas faktor usia yang semakin meningkat selain desakan keluarga.

“Namun saya belum jumpa Wanita yang menepati citarasa saya untuk diperisterikan. Calon isteri belum ada,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini