PONTIAN: Tiga beradik maut selepas motosikal ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Parit Haji Sirat, di sini, pagi tadi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ketiga-tiga mangsa dikenal pasti berusia 18, 11 dan 8 tahun.
Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan menuju ke sekolah.
Keluarga mangsa berkemungkinan tidak maklum bahawa sesi persekolahan di seluruh negeri ini telah ditutup selama dua hari bermula hari ini dan esok susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussein Mion Hussian mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurut beliau, kejadian masih lagi dalam siasatan dan polis akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat.-UTUSAN











