Jiran tidak sangka pelajar wanita 19 tahun jadi mangsa bunuh teman lelaki - Utusan Malaysia

Jiran tidak sangka pelajar wanita 19 tahun jadi mangsa bunuh teman lelaki

LOKASI rumah seorang pelajar perempuan dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di Jalan Air Putih 2 di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jiran kepada pelajar wanita berusia 19 tahun yang maut dipercayai dibunuh teman lelakinya awal pagi tadi di Air Putih di sini tidak menyangka tragedi itu menimpa mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa yang disifatkan sebagai seorang gadis lemah lembut dan bersopan santun sering kelihatan berjalan bersama suspek ke kedai berhampiran. Kali terakhir mereka dilihat sekitar pukul 9 malam semalam, kelihatan gembira sebelum kejadian mengejutkan berlaku.

Wanita yang enggan namanya dikenali itu berkata, mangsa tinggal bersama tiga rakan wanita lain yang juga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi sejak enam bulan lalu, manakala suspek hanya mula dilihat mengunjungi rumah berkenaan sejak sebulan kebelakangan ini.

“Saya memang terkejut masa tahu pagi tadi. Nak turun pun takut sebab kejadian memang dekat dengan rumah,” katanya ketika ditemui di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, seorang pelajar wanita berusia 19 tahun dilaporkan maut selepas dipercayai dibunuh teman lelakinya dalam kejadian kira-kira jam 4.32 pagi tadi di sebuah rumah di Air Putih, di sini.

Katanya, suspek yang juga berusia 19 tahun sendiri menghubungi pihak polis dan memberitahu berlaku pergaduhan antara dia dengan teman wanitanya itu sebelum kejadian tersebut.

Berikutan itu, katanya lelaki terbabit ditahan reman sehingga 12 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN