Tiada jangkitan rabies libatkan manusia dikesan di Pulau Pinang

Tiada jangkitan rabies libatkan manusia dikesan di Pulau Pinang

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pulau Pinang kekal bebas daripada sebarang laporan kes jangkitan rabies melibatkan manusia setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen bagaimanapun berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) tetap berwaspada dengan meningkatkan tahap kesiapsiagaan mereka susulan laporan bahawa terdapat jangkitan kes penyakit itu di Kedah ketika ini.

“Saya percaya kita memang sudah bersedia dan walaupun tidak ada kes jangkitan baharu dikesan di sini, tetapi, kita tetap dalam keadaan siap siaga jika terdapat sebarang insiden berkaitan,” katanya selepas menghadiri program ‘Premis Bersih, Bebas Asap’ (BeBAs) di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas Daniel, kali terakhir jangkitan rabies dalam kalangan manusia dilaporkan berlaku di Pulau Pinang adalah pada 1975 iaitu melibatkan dua kes.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk terus memantau jangkitan kes berkenaan dan berharap agar orang ramai juga akan mengambil langkah yang sewajarnya jika digigit oleh haiwan seperti anjing dan sebagainya.

“Kita harap jangkitan ini hanyalah satu insiden terpencil yang dapat dikawal. Apapun, kita juga perlu mengambil nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) terutamanya bagaimana untuk menguruskan diri sekiranya telah digigit oleh haiwan yang berkenaan bagi mengelakkan daripada dijangkiti virus ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN