Tabika Perpaduan khas autisme perlu perbincangan dengan KPM

Tabika Perpaduan khas autisme perlu perbincangan dengan KPM

HASLINA Abdul Hamid menyerahkan sumbangan buku Ceritaku@Sekolah kepada Pengetua SMK Presint 9 (1), Maizatul Arzia Omar (dua kanan) pada Majlis Perasmian Program Ceritaku@Sekolah 2026 di SMK Presint 9 (1), Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Cadangan mewujudkan Tabika Perpaduan khusus untuk kanak-kanak autisme memerlukan perbincangan lanjut dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, pelaksanaan program khas berkenaan perlu mengambil kira dasar pendidikan negara yang berada di bawah bidang kuasa KPM.

Katanya, Kementerian Perpaduan Negara ketika ini mempunyai tadika dan Tabika Perpaduan di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program khas seperti itu perlu ada perbincangan yang lebih lanjut dengan pihak Kementerian Pendidikan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Perpustakaan Negara Malaysia di sebuah sekolah, di sini hari ini.

Menurutnya, segala pelaksanaan program berkaitan pendidikan yang dilaksanakan kementeriannya tertakluk kepada dasar-dasar pendidikan negara.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Perpaduan Negara akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif menerusi Tabika Perpaduan bagi menggalakkan perkembangan dan interaksi dalam kalangan kanak-kanak. – UTUSAN

ADS:D
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN