BATU PAHAT: Seorang pelajar lelaki dipercayai rakan sekelas kepada remaja perempuan berusia 16 tahun yang ditemukan maut dipercayai dibunuh di dalam sebuah sekolah di Yong Peng, di sini ditahan reman selama enam hari, bermula hari ini.
Perintah reman terhadap suspek berusia 16 tahun itu dikeluarkan Majistret, Mustaqim Sukarno bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, suspek tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Batu Pahat, di sini kira-kira pukul 10.20 pagi.
Difahamkan, tertuduh merupakan anak kepada pasangan suami isteri yang bekerja sebagai guru di daerah ini.
Terdahulu, media melaporkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemukan maut di dewan sebuah sekolah di Yong Peng, di sini petang semalam dipercayai dibunuh.-UTUSAN










