Sukan Asia: Beregu padel negara Christian-Aidan raih perak

Sukan Asia: Beregu padel negara Christian-Aidan raih perak

AKSI beregu lelaki padel negara, Christian Didier Chin-Aidan Yunus ketika berdepan pasangan Qatar, Mashari Naif-Rashed Naif dalam aksi final di Pusat Sukan Nagoya City Higashi, hari ini.-BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gandingan beregu lelaki padel negara, Christian Didier Chin-Aidan Yunus terpaksa berpuas hati meraih pingat perak selepas tewas kepada pasangan Qatar, Mashari Naif-Rashed Naif pada aksi final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Pusat Sukan Nagoya City Higashi, sebentar tadi.

Pada aksi itu, Christian-Aidan tampil penuh bersemangat pada awal permainan bagaimanapun gagal mengekalkan rentak apabila pasangan pilihan utama kejohanan itu memanfaatkan pengalaman untuk menguasai perlawanan dan menang 6-3, 6-1.

Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia membawa pulang pingat perak dalam penampilan pertama padel di Sukan Asia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Meskipun tewas, ia tetap menjadi satu pencapaian yang membanggakan buat Christian-Aidan selepas mereka mara ke final dengan menyingkirkan beberapa pasangan pilihan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN