UAE sahkan pembantu juruterbang rancang serangan pengganas

UAE sahkan pembantu juruterbang rancang serangan pengganas

PESAWAT Boeing 737 MAX 8 milik Flydubai bersiap sedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Ben Gurion Israel di Lod.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Siasatan pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan pembantu juruterbang Flydubai FZ1073 cuba melakukan serangan dengan merampas kawalan pesawat.

Pendakwa Raya Persekutuan UAE, Hamad Saif Al-Shamsi, berkata pembantu juruterbang terbabit menyerang kapten di dalam kokpit menggunakan kapak kecemasan ketika pesawat dalam penerbangan dari Dubai ke Tel Aviv sebelum cuba mengambil alih kawalan pesawat.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti keadaan sebenar dan motif di sebalik kejadian, termasuk kemungkinan wujud kaitan dengan pihak lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pihak berkuasa juga sedang melengkapkan pemeriksaan teknikal serta menganalisis bukti fizikal dan digital, dengan keputusan akhir siasatan dijangka diumumkan sebaik proses itu selesai.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, kapten warga India diserang pembantu juruterbangnya ketika pesawat berada di udara.

Kapten terbabit bagaimanapun berjaya membuka pintu kokpit, membolehkan penumpang dan anak kapal membantu menumpaskan suspek sebelum pesawat melakukan pendaratan cemas di Arab Saudi.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan suspek dikenal pasti sebagai Hamam al-Hammami pernah dilarang menerbangkan pesawat di Oman kerana disyaki mempunyai fahaman ekstremis.

Menurut The Wall Street Journal (WSJ) kelmarin, pihak berkuasa Oman sebelum ini melarang juruterbang itu daripada membawa pesawat selepas timbul kebimbangan dia menerima fahaman ideologi radikal.

Sementara itu, CNN yang memetik dua sumber berkata, juruterbang terbabit diberhentikan daripada tugas di syarikat penerbangan nasional Oman tahun lalu susulan kebimbangan mengenai pandangan ekstremisnya.

Al Arabiya melaporkan pihak berkuasa Oman mendapati suspek mempunyai fahaman ekstremis dan pernah berada di Syria, yang menimbulkan kebimbangan dia mungkin dipengaruhi kumpulan radikal di negara berkenaan.

ABC News pula melaporkan suspek didakwa pernah ditemui memiliki bahan berkaitan fahaman ekstremis ketika menjalani latihan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN