PETALING JAYA: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 dilaporkan berlaku di Panginatan, Ranau, Sabah pada pukul 10.57 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa itu berlaku pada koordinat 5.9 darjah Utara dan 116.7 darjah Timur.
“Pusat gempa terletak kira-kira 14 kilometer (km) selatan Ranau pada kedalaman 13 kilometer.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Gegaran turut dirasai di Ranau dan kawasan sekitarnya. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. – UTUSAN











