Dikecam berturut-berturut membuatkan perasaan saya kebas - Aisha Retno - Utusan Malaysia

Dikecam berturut-berturut membuatkan perasaan saya kebas – Aisha Retno

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Aisha Retno, 26, mengakui terkesan dengan komen netizen yang mempersoalkan kemenangannya di Anugerah Industri Muzik ke – 25 (AIM25).

Bagaimanapun Aisha memaklumkan terpaksa menelan semua yang diperkatakan kerana ingin memberi tumpuan kepada perkara lebih penting.

“Ia berlaku berturut-turut membuatkan terasa ‘kebas’ seketika.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya seorang yang teliti tentang apa yang orang perkatakan tentang saya.

“Tapi disebabkan ianya berlaku berturut-turut, membuatkan saya berfikir orang sebenarnya ambil berat tentang saya.

“Mungkin mereka ingin melihat saya menjadi bertambah baik dalam bidang muzik. Terima atau tidak, saya ambil yang positif saya,” katanya.

Kata Aisha, beliau buat masa ini mengambil pendekatan ‘berkurung’ dari menggunkan media sosial untuk memberi fokus kepada peranannya sebagai Gust Puteri dalam Puteri Gunung Ledang.

“Buat masa ini saya tangguhkan dulu aktiviti di media sosial, memuat naik foto atau membalas komen netizen.

“Bila tiba masanya, saya akan kembali aktif semula. Buat sementara waktu biar saya berkurung untuk mencari diri sendiri,” katanya lagi.

Dalam pada itu Aisha atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam memaklumkan terpaksa menangguhkan penerbitan album terbaru yang sepatutnya dikeluarkan bulan ini.

“Saya terpaksa tunda album seterusnya yang mana sepatutnya dikeluarkan pada bulan ini.

“Saya tak sempat untuk merangka strategi pemasaran bagi album tersebut gara-gara perlu mengalih tumpuan
Kepada Puteri Gunung Ledang.

“Insya-Allah peminat terpaksa tunggu sehingga Disember ini.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×