GADANG Engineering (M) Sdn. Bhd. memberi pendedahan kepada murid-murid berhubung kepentingan keselamatan, kesihatan, kelestarian dan kesejahteraan menerusi Program Shero in School di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Badong, Bestari Jaya, Selangor.
Program itu menampilkan aktiviti seperti pengurusan minyak masak terpakai, hidroponik, penanaman pokok dan kesedaran kesihatan mental serta anti buli.
Inisiatif itu bertujuan memupuk kesedaran sejak usia muda bagi melahirkan generasi yang lebih selamat, bertanggungjawab dan prihatin terhadap kelestarian alam sekitar. – UTUSAN
Memuatkan artikel berkaitan…











