Jurujual kereta ditetak dalam cubaan curi bateri

Jurujual kereta ditetak dalam cubaan curi bateri

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang memburu suspek yang menetak seorang jurujual syarikat kenderaan terpakai ketika cuba mencuri bateri kenderaan di Jalan Kuda Emas dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, lelaki warga asing berusia 54 tahun ditetak menggunakan parang oleh individu tidak dikenali ketika sedang bekerja di premis berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Lim Chun How berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 8.52 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan lain.

“Motif kejadian dipercayai melibatkan suspek yang cuba mencuri bateri kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Polis sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 03-9205 0222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×