Kualiti udara tidak sihat di Singapura - Utusan Malaysia

Kualiti udara tidak sihat di Singapura

KUALITI udara di bahagian tengah, selatan, barat dan timur Singapura kekal dalam julat tidak sihat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kualiti udara di bahagian tengah, selatan, barat dan timur Singapura kekal dalam julat tidak sihat pada pagi Selasa, manakala kawasan utara melepasi paras tersebut pada jam 7 pagi waktu tempatan.

Bacaan Indeks Piawaian Pencemar (PSI) bagi tempoh 24 jam di kawasan utara mencecah 101 pada jam 7 pagi waktu tempatan, manakala kawasan tengah mencatat bacaan tertinggi iaitu 155.

Bacaan PM2.5 setiap jam, yang mencerminkan kualiti udara pada satu-satu masa, berada pada paras tinggi di semua kawasan setakat jam 9 pagi waktu tempatan antara 61 hingga 112.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bacaan PSI 24 jam bagi kawasan tengah dan selatan masing-masing mencecah 104 serta 103 buat kali pertama pada jam 8 malam waktu tempatan Isnin.

Kualiti udara di kawasan barat memasuki julat tidak sihat pada jam 9 malam waktu tempatan dengan bacaan PSI 101.

Kualiti udara di kawasan timur pula merosot ke julat tidak sihat pada tengah malam Selasa.

Bacaan PSI turun naik dan keluar masuk daripada julat tersebut sejak beberapa minggu lalu. 

Kali terakhir kualiti udara di kesemua lima kawasan berada dalam julat tidak sihat adalah pada 15 September.

Dalam nasihat media terbaharunya pada petang Isnin, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) berkata, bacaan PSI 24 jam dijangka berada pada paras sederhana tinggi hingga pertengahan julat tidak sihat bagi tempoh 24 jam akan datang.

NEA berkata, jerebu asap sederhana hingga tebal akibat kebakaran di selatan Sumatera dan Kalimantan telah bergerak ke Singapura. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×