PuTERA35 rekod pencapaian lebih 68% setakat 31 Ogos

PuTERA35 rekod pencapaian lebih 68% setakat 31 Ogos

AHMAD Zahid Hamidi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) merekodkan pencapaian 68.55 peratus setakat 31 Ogos lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 628 program pembangunan telah digerakkan kementerian dan agensi berkaitan dengan 214 telah diselesaikan manakala 318 lagi kini sedang dalam fasa pelaksanaan.

Ahmad Zahid berkata, momentum pelaksanaan perlu terus dipertingkatkan bagi memastikan manfaatnya benar-benar sampai kepada golongan sasaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi saya, kejayaan PuTERA35 tidak boleh hanya dinilai melalui jumlah program yang dilaksanakan.

“Ukurannya ialah sejauh mana kita berjaya meningkatkan pemilikan, penguasaan dan daya saing ekonomi bumiputera serta memastikan setiap dasar yang dilaksanakan memberikan manfaat yang terbaik buat rakyat dan negara,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Majlis Ekonomi Bumiputera dengan tumpuan untuk memperkukuh daya tahan ekonomi Bumiputera serta memastikan pelaksanaan PuTERA35 terus dipercepat dengan hasil yang jelas dan boleh diukur.

Ahmad Zahid berkata mesyuarat itu turut meneliti usaha memperkukuh ekosistem usahawan Bumiputera, termasuk susulan daripada tujuh deklarasi Konvensyen Usahawan Bumiputera 2035.

Ia antara lain memberi penekanan kepada pembangunan usahawan wanita, melahirkan Bumiputera Champions, memperluas pasaran eksport serta memperkasakan integriti dan tatakelola.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×