Jenazah Tun Hasmah tiba ke Masjid As-Syarif untuk dimandi, dikafankan

Jenazah Tun Hasmah tiba ke Masjid As-Syarif untuk dimandi, dikafankan

Jenazah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dibawa keluar dari kediamannya di Mines Resort City, di sini sekita pukul 2.47 petang untuk disolatkan di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Jenazah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali tiba di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah kira-kira pukul 3 petang untuk dimandi dan dikafankan sebelum disembahyangkan selepas Asar nanti.

Kira-kira 500 hadirin tiba di masjid tersebut bagi memberikan penghormatan terakhir.

Jenazah isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu kemudiannya akan dibawa ke Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya untuk dikebumikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Dr. Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.20 pagi tadi.

Pemergian Allahyarhamah disahkan oleh anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×