Remaja 15 tahun antara 57 ditahan berlumba di lebuh raya - Utusan Malaysia

Remaja 15 tahun antara 57 ditahan berlumba di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Keseronokan sekumpulan mat rempit berlumba dan melakukan aksi berbahaya di lebuh raya terbantut selepas 57 individu ditahan polis dalam operasi di Plaza Tol Lima Kedai, di sini malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Saifullah Jaya@Yahaya berkata, kesemua individu berusia lingkungan 15 hingga 30 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu membanteras aktiviti samseng jalanan yang mengganggu keselamatan serta ketenteraman pengguna jalan raya.

“Hasil operasi dijalankan, seramai 57 individu terdiri daripada 52 lelaki dan lima perempuan ditahan serta 46 buah motosikal diperiksa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 112 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan pelbagai kesalahan, manakala Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 106 notis juga atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, dalam operasi sama, sebanyak 43 motosikal disita bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Operasi seumpama ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi mencegah kegiatan lumba haram serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah Iskandar Puteri sentiasa terpelihara,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×