Banyak kenangan bersama Allahyarham - Rosmah

Banyak kenangan bersama Allahyarham – Rosmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datin Seri Rosmah Mansor berkongsi kenangan dan pengalaman yang terlalu banyak dengan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Beliau berkongsi hantaran ringkas menerusi Facebook rasminya susulan pemergian Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pukul 9.20 pagi tadi.

“Dengan penuh dukacita, saya menerima berita pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah SWT, ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan segala amal solehnya diterima oleh Yang Maha Esa

“Al-Fatihah. Banyak kenangan bersama Allahyarhamah pada satu masa dahulu,” katanya.

Berita kematian isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×