Banyak jasa Allahyarham kepada negara - Fahmi Fadzil

Banyak jasa Allahyarham kepada negara – Fahmi Fadzil

SITI HASMAH MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pagi tadi.

Fahmi berkata, bagi pihak kerajaan, beliau merakamkan ucapan takziah khusus kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga.

“Ini adalah satu momen yang amat mendukacitakan. Allahyarhamah banyak berjasa kepada negara dan sering dilihat sebagai seorang individu yang dekat dengan rakyat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran BeOne Mobile dan Program Pemerkasaan Komuniti di sini hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Fahmi berkata beliau telah meminta semua syarikat televisyen dan radio memastikan siaran hari ini disederhanakan serta disesuaikan sebagai tanda penghormatan terhadap pemergian Allahyarhamah.

“Kita berikan penghormatan atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah,” katanya.

Dr. Siti Hasmah, 100, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.20 pagi tadi di IJN.

Berita pemergian isteri kepada Tun Dr. Mahathir itu disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×