Dunia khayalan, Care-a-Lot pernah menjadi sebahagian daripada imaginasi kanak-kanak, dengan kehidupan di atas awan yang penuh warna-warni dan keajaiban.
Di situlah Care Bears tinggal, masing-masing dengan simbol istimewa pada perut di samping sifat penyayang dan suka membantu.
Keunikan tersebut menjadikan animasi berusia 45 tahun ini dekat di hati generasi yang membesar bersamanya.
Kini, nostalgia itu kembali menerusi koleksi baharu Skechers x Care Bears.
Koleksi ini menampilkan foamies dan sneakers comel dihiasi perincian Beary Besties, warna menyerlah serta teknologi keselesaan ikonik jenama Skechers.
Ia sesuai untuk aktiviti santai dan pengembaraan kecil sekali gus menceriakan gaya harian.
Presidennya, Michael Greenberg berkata, koleksi terbaharu itu memberi peluang kepada peminat meraikan watak kegemaran mereka dalam pelbagai warna dan corak.

“Mesej kasih sayang, perpaduan dan keselamatan emosi yang dibawa Care Bears selari dengan misi jenama kami untuk memberikan keselesaan kepada dunia.
“Para peminat boleh mendapatkan gaya kegemaran mereka, sama ada untuk mengimbau kembali kenangan lalu atau mengenali Beary Besties buat kali pertama,” katanya.
Katanya, koleksi foamies max cushioning menampilkan watak Cheer Bear, Good Luck Bear, Grumpy Bear, Funshine Bear, Share Bear dan Sweet Dreams Bear menerusi rekaan ceria yang dihiasi awan serta calibits.
Gaya ini tersedia dalam warna merah jambu, lavender dan putih pada harga RM299.
Foamies surge pula mengetengahkan elemen pelangi, bintang, matahari dan awan pada bahagian sisi, selain hiasan calibits berbentuk wajah Care Bears.
Bagi si kecil, foamies swifters dilengkapi tali berwarna pelangi dan calibits watak Care Bears dalam rona sepadan.

Keceriaan diteruskan menerusi siri sneakers termasuk hugs n snugs dan lil snugs yang menampilkan grafik watak, kemasan berkilauan serta rekaan bercahaya.
Sementara itu, siri uno lite menampilkan Beary Friends dan Bear Spirit dengan perincian Care Bears yang menyerlah, selain tapak dalam air-cooled memory foam untuk keselesaan.
Bagi sentuhan lebih manis, Skechers Twinkle Toes x Care Bears menampilkan Forever Care Bears dan Beary Friendly dengan kemasan rhinestone, cetakan Care Bears serta perincian berkilauan.
Koleksi ini boleh didapati di kedai terpilih di seluruh negara dan secara dalam talian di skechers.com.my.











