Saya sambut dengan baik tawaran sebagai tenaga pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Shahrol Shiro - Utusan Malaysia

Saya sambut dengan baik tawaran sebagai tenaga pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Shahrol Shiro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak, Shahrol Shiro, mendedahkan bahawa dia menerima tawaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai salah seorang tenaga pengajar Kursus Citra bagi sesi 2026/2027.

Shahrol atau Shahrol Azizie Azmi, 42, berkata, peluang tersebut memberi ruang kepadanya untuk berkongsi pengalaman dalam bidang komedi yang bukan hanya menghiburkan tetapi juga membina keberanian, keyakinan dan kemahiran komunikasi dalam kalangan mahasiswa.

“Komedi memerlukan keberanian serta keyakinan individu berdiri diatas pentas yang diadun bersama kemahiran komunikasi yang sangat baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemahiran ini sangat diperlukan hari ini yang menjadi asas dalam menyampaikan mesej memandangkan waktu fokus generasi hari ini sangat singkat,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Shahrol turut menyifatkan pelantikan tersebut sebagai satu penghormatan dan berharap dapat menyumbang kepada pembangunan pelajar melalui pendekatan komedi berteraskan pendidikan.

“Saya menyambut baik tawaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai salah seorang tenaga pengajar kursus citra universiti sesi 2026/2027,” ujarnya.

Katanya lagi, dia tidak sabar untuk bertemu mahasiswa yang bakal mengikuti kursus berkenaan dalam sesi akademik akan datang.

“Jumpa nanti ya adik adik UKM. Semoga komedi beredukasi ini dapat membantu perjalanan dilapangan kelak,” katanya.

Shahrol dijadualkan menjadi antara tenaga pengajar Kursus Citra universiti berkenaan bagi sesi 2026/2027, sekali gus membawa pengalaman dalam dunia komedi ke bilik kuliah.

Untuk rekod, Shahrol Shiro memulakan kerjayanya sebagai pelawak menerusi kumpulan Shiro pada tahun 2012 sebelum berkembang menjadi pelakon, pengacara TV, dan usahawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×