PUTRAJAYA: Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pukul 9.20 pagi tadi.
Berita kematian isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu disahkan oleh anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama hari ini.
Allahyarham Dr Siti Hasmah, menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.
Memuatkan artikel berkaitan…











