Sejahat-jahat mak, dia tetap mak kita - Fatiya Latiff - Utusan Malaysia

Sejahat-jahat mak, dia tetap mak kita – Fatiya Latiff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, fatiya Latiff, 39 berpandangan seorang ibu harus dihormati dan disayangi meskipun mereka bersikap dingin terhadap anak-anak.

Fatiya berkata, hal demikian kerana dalam apa keadaan sekalipun, mereka tetap ibu yang melahirkan kita.

“Saya tak faham dengan orang zaman sekarang. Saya pernah terbaca komen yang kononnya mak dia aniaya dia, and majoriti orang yang komen semua menyebelahi anak dia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Engkau orang tahu tak, sejahat-jahat mak, dia tetap mak kita, yang kena kite hormat, sayang and jaga mereka sepenuh hati.

“Kalau betul mak itu bermasaalah, mesti ada cara nak memperbetulkan keadaan,” katanya dalam Thread.

Fatiya dalam masa yang sama mengajak orang ramai untuk menjaga hubungan dan menyayangi ibu bapa.

“Cuba jaga hubungan dengan ibu kita selagi boleh.

“Kita hanya ada seorang ibu, bapa. Selagi boleh, hargai dan bahagiakan mereka,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×