RM2.5 juta naik taraf UiTM Jalan Othman jadi Kampus UiTM Tun Arshad Ayub

RM2.5 juta naik taraf UiTM Jalan Othman jadi Kampus UiTM Tun Arshad Ayub

Kampus UiTM Tun Arshad Ayub
ANWAR Ibrahim menyerahkan Anugerah Tokoh Alumni UiTM Sepanjang Zaman kepada Tun Arshad Ayub melalui anaknya pada Himpunan Mesra Alumni UiTM di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.  - UTUSAN / FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kampus pertama Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Jalan Othman, Petaling Jaya dijenamakan semula sebagai ‘Kampus UiTM Tun Arshad Ayub’  dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta diberikan bagi menaiktarafnya.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Shari yang menyifatkan langkah tersebut signifikan bagi menyemarakkan lagi semangat perjuangan dan memartabatkan pendidikan tinggi terhadap masyarakat Melayu dan Bumiputera menerusi universiti berkenaan.

Beliau berkata, selain pengukuhan terhadap peranan UiTM, perubahan dan penaiktarafan itu juga sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Allahyarham Tun Arshad Ayub terhadap pendidikan Bumiputera.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, jasa dan pemimpin terdahulu yang membangunkan institusi itu tidak dapat dinafikan apabila UiTM bermula sebagai Dewan Latihan Rida kemudian Institut Teknologi Mara (ITM) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) adalah agensi penting memecahkan tembok sistem feudal.

“Anak petani, nelayan, pesawah dan si miskin boleh muncul dalam lapangan profesional melalui gagasan asalnya. Jangan sesekali lalai dan lupa tentang amanah besar itu.

“Tidak dapat disangkal, banyak kejayaan dicapai, apa pun teguran dan kritikan kita tentang beberapa dasar lalu, tidak boleh kita nafikan jasa pemimpin-pemimpin dahulu di semua peringkat yang berhasil mengekalkan institusi itu,” katanya ketika berucap pada Himpunan Mesra Alumni UiTM di sini, hari ini.

Anwar berkata, ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan, beliau bersama Arshad Ayub yang mengetuai institusi berkenaan mengangkat taraf ITM sebagai sebuah universiti.

“Arshad Ayub bagi yang kenal, walaupun dikenali sebagai tokoh pendidik Melayu, orangnya dianggap keras, tegas dan berdisiplin. Kalau dalam mesyuarat yang saya ingat ketika sudah menjadi menteri, dia beri pandangan dengan serius.

“Dia tidak pandang ringan terutama keghairahan atau obsesinya tentang pendidikan dan peluang kepada anak-anak Melayu. Sebab itu sesuai untuk kita di peringkat awal kenang jasanya,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi Program Tunas Belia NEET dan himpunan tersebut sebagai penghargaan terhadap usaha Persekutuan Alumni UiTM (PAUiTM).

Jelas Anwar, selain peruntukan tersebut beliau turut meminta PAUiTM memberikan tujuh hingga 10 individu bagi menilai program agenda Bumiputera yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinannya.

Pendirian kita tentang dasar pembangunan Bumiputera dengan agensi-agensi berkaitan terus diberikan perhatian dan saya hendak buktikan bahasa Kerajaan Madani memberikan perhatian pada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, sosial, pendidikan Bumiputera jauh lebih tinggi dari mana-mana pemerintah.

“Itu bukan agenda politik serpihan. Dalam agenda politik nasional, tidak boleh kita pinggirkan kepentingan majoriti Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak, tidak mungkin.

“Bezanya saya bekerja kerjas dalam memastikan setiap ringgit yang diperuntukkan kepada agensi Melayu dan Bumiputera tidak boleh dikhianati oleh sesiapa.

“Ini bukan keputusan Jemaah Menteri sahaja, saya sudah cadangkan kepada pengerusi pertubuhan alumni ini, barisan anak-anak yang lebih pintar dalam semua disiplin di dalam dan luar negara, pilih tujuh atau 10 orang tidak semestinya terikat dengan pemerintahan,” katanya

Tambahnya lagi, keputusan tersebut diakui bukan mudah kerana akan mengundang kritikan dan pendedahan pelbagai kelemahan, namun yakin agenda Bumiputera boleh dikembangkan dengan jaminan keadilan sosial tanpa melanggar masyarakat lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×