Sekatan Eropah boleh runtuhkan ekonomi Israel

Sekatan Eropah boleh runtuhkan ekonomi Israel

SEBUAH jentolak Israel sedang beroperasi berhampiran penempatan haram di Migdalim, berdekaan kampung Qusra, di selatan bandar Nablus di Tebing Barat yang diduduki.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel berdepan risiko ‘keruntuhan ekonomi sebenar’ susulan sekatan Eropah dan kesannya terhadap perdagangan, kata pemimpin parti pembangkang Yisrael Beiteinu, Avigdor Liberman.

Beliau turut memberi amaran bahawa kedudukan Israel di peringkat global kini berada pada ‘tahap terendah yang belum pernah berlaku sebelum ini’.

Liberman berkata demikian dalam hantaran menerusi platform media sosial X milik syarikat Amerika Syarikat (AS), ketika mengulas ucapan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekatan terhadap perdagangan antara Israel dan Kesatuan Eropah (EU) boleh membawa kepada keruntuhan ekonomi sebenar.

“Kedudukan Israel di dunia telah mencapai tahap terendah yang belum pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Menurut Liberman, Israel selama bertahun-tahun mendapat manfaat daripada kuasa veto AS di Majlis Keselamatan PBB.

Beliau berkata, selagi Presiden AS, Donald Trump, kekal sebagai presiden, kuasa veto itu akan terus tersedia untuk Israel.

“Di bawah presiden seterusnya, sama ada Republikan atau Demokrat, keadaan boleh berubah,” katanya.

Liberman turut menyentuh hubungan Israel dengan Britain, dengan berkata Israel sudah setahun tidak mempunyai duta di London, yang didakwanya berpunca daripada ‘komplot di Pejabat Perdana Menteri’.

September 2025, Suruhanjaya Eropah mencadangkan penggantungan beberapa keistimewaan perdagangan yang diberikan kepada Israel menerusi Perjanjian Persatuan EU-Israel, yang akan menyebabkan barangan import Israel dikenakan tarif berbanding layanan istimewa.

Suruhanjaya itu berkata cadangan berkenaan dibuat susulan apa yang disifatkannya sebagai pelanggaran peruntukan berkaitan penghormatan terhadap hak asasi manusia oleh kerajaan Israel.

Bagaimanapun, cadangan itu masih memerlukan kelulusan negara anggota dan tidak mendapat sokongan majoriti yang diperlukan untuk dilaksanakan.

EU turut mengenakan sekatan terhadap peneroka Israel berhaluan ekstremis dan organisasi yang dikaitkan dengan mereka berhubung pelanggaran terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat, termasuk pembekuan aset dan larangan perjalanan terhadap individu yang disenaraikan.

Pada Mei 2026, EU menambah tiga individu dan empat entiti Israel ke dalam senarai sekatan, manakala pada September, EU berkata langkah yang diambil dalam konteks itu melibatkan keseluruhan 12 individu dan sembilan entiti.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×