Trump perlu tentukan sama ada hendak tamat perang - Presiden Iran - Utusan Malaysia

Trump perlu tentukan sama ada hendak tamat perang – Presiden Iran

MASOUD PEZESHKIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian berkata Amerika Syarikat (AS) perlu menentukan sama ada mahu menamatkan perang di Iran kerana Teheran tidak mahu meneruskan peperangan.

Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan stesen televisyen AS yang disiarkan pada Khamis.

Pezeshkian mengambil pendirian tegas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu ketika beliau berada di New York, dengan memberitahu dunia bahawa Iran tidak akan tunduk kepada Washington, walaupun Presiden AS Donald Trump mengakui rundingan antara AS dan Iran masih berlangsung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila kita boleh menyelesaikan isu melalui dialog, kita tidak sepatutnya memilih untuk saling membunuh. 

“Namun, dengan hasutan yang dilakukan Israel, mereka telah memaksa perang ini ke atas kami,” katanya dalam rancangan ‘Special Report with Bret Baier’ terbitan Fox News.

“Namun, kami tidak mahu meneruskannya. Amerika yang perlu memilih sama ada mahu menamatkan perang ini atau tidak,” tambahnya dalam kenyataan yang diterjemahkan oleh stesen penyiaran itu.

“Mengapa hanya dua minggu selepas perjanjian ditandatangani, mereka memilih untuk memusnahkannya?” ujarnya lagi tentang keruntuhan gencatan senjata yang rapuh.

“Jika kerajaan Amerika sekarang mahu mencapai perjanjian dalam kerangka undang-undang antarabangsa, baiklah.

“ Jika tidak, sebelum pilihan raya pertengahan penggal AS atau selepas pilihan raya, apa bezanya bagi kami?” soalnya.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menyertai pertemuan dengan utusan khas Trump, Steve Witkoff, dan menantu Trump, Jared Kushner, di luar persidangan Perhimpunan Agung PBB di New York. 

Rundingan itu bagaimanapun tidak menghasilkan perkembangan penting dengan serta-merta. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×