Mbappe teruja sentuhan Zidane

Mbappe teruja sentuhan Zidane

KAPTEN Perancis, Kylian Mbappe bakal menjadi sandaran utama dalam merobek gawang Turkiye dalam aksi Kumpulan A Liga Negara-Negara- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kylian Mbappe tidak sabar untuk bergandingan dengan pengendali baharu pasukan itu, Zinedine Zidane menjelang aksi Kumpulan A Liga Negara-Negara menentang Turkiye di Stadium Kocaeli, esok.

Zidane kembali ke bidang kejurulatihan selepas lima tahun mengambil alih tugas sebagai jurulatih Les Bleus menggantikan Didier Deschamps yang meninggalkan pasukan selepas Piala Dunia 2026.

Mbappe berkata, peluang bermain di bawah kendalian Zidane boleh dianggap sebagai luar biasa kerana legenda Perancis itu pernah membawanya untuk melihat padang latihan Real Madrid ketika dia berusia belasan tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi saya, Zidane merupakan salah seorang individu penting dalam karier saya. Beliau adalah individu yang mengambil dan membawa saya ke pusat latihan Real Madrid ketika berusia 13 atau 14 tahun.

“Sekarang beliau merupakan jurulatih saya di pasukan kebangsaan, ia seperti jalan cerita dalam sebuah drama. Bagi saya, beliau merupakan salah seorang jurulatih yang berada dalam kelas tersendiri,” katanya.

Sementara itu, Mbappe berharap kehadiran Zidane mampu memberikan suntikan nafas baharu buat Perancis selepas 14 tahun berada di bawah bimbingan Deschamps di mana mereka menjadi juara dunia pada 2018.

“Sekarang kami akan mengharungi fasa baharu dan saya juga akan merasai pengalaman baharu. Sebelum ini, kami hanya bermain di bawah Deschamps, jadi saya harap kali ini semuanya menjadi lebih baik,” ujarnya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×