Tusukan tajam di pembuluh darah kaki punca kematian wanita OKU - Utusan Malaysia

Tusukan tajam di pembuluh darah kaki punca kematian wanita OKU

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Tusukan tajam pada pangkal arteri fermoral kanan sehingga menyebabkan pendarahan di bahagian kaki dikatakan menjadi punca kematian wanita orang kurang upaya (OKU) di Kampung Cheh, dekat sini semalam.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun, yang memaklumkan proses bedah siasat terhadap mangsa telah selesai pukul 4 petang tadi di Hospital Taiping.

Semalam, Nor Ainon Omar, 49, ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah di dalam rumahnya kira-kira pukul 2 petang, yang didudukinya bersama suami dan tiga anaknya yang juga OKU.

Seorang bapa dan anak lelakinya masing-masing telah ditahan reman selama tujuh dan dua hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Difahamkan sewaktu wanita itu sedang mengopek ikan bilis di rumah, dia mengadu kepada suami bahawa kakinya dicucuk dengan benda tajam dari bawah rumah.

Namun situasi menjadi parah apabila wanita itu dikatakan tidak sedarkan diri dan suaminya segera mendapatkan bantuan penduduk setempat dan pihak polis sebelum disahkan mati.

Arwah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheh Hilir, satu kilometer dari rumahnya di mana tempat kejadian berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×