JAKARTA: Sejumlah wilayah di Kalimantan Selatan berpotensi mengalami udara kabur hingga jerebu pada pagi Khamis.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) meramalkan potensi jerebu berlaku di Kota Banjarbaru, Banjarmasin, Kabupaten Banjar, Barito Kuala dan Tapin.
Jarak penglihatan terhad dijangka berlaku di daerah Hulu Sungai Tengah, Hulu Sungai Utara, Hulu Sungai Selatan, Tabalong, Balangan dan Tanah Laut.
Berita berkaitan:
Sementara itu, di daerah Kotabaru dan Tanah Bumbu, cuaca cerah berawan dijangka berlaku dari pagi hingga malam.
Hujan tidak lebat pula diramalkan berlaku pada sebelah petang di Tabalong dan Kotabaru. Hampir seluruh wilayah Kalimantan Selatan dijangka mengalami hujan tidal lebat pada sebelah petang.
Suhu udara dijangka antara 22 hingga 36 darjah Celsius, dengan kelembapan relatif antara 35 hingga 99 peratus. – AGENSI











