Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya alami gangguan sistem brek tren - Utusan Malaysia

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya alami gangguan sistem brek tren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan berikutan gangguan pada sistem brek sebuah tren berhampiran Stesen Masjid Jamek, hari ini.

Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan, sebuah tren sedang dipandu secara manual di antara Stesen Masjid Jamek dan Pasar Seni berikutan gangguan pada sistem brek.

“Pergerakan tren di stesen lain dijangka lebih perlahan dengan berhenti lebih lama di platform,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×