S P Setia lancar Setia Fontaines Heritage Park di Kepala Batas - Utusan Malaysia

S P Setia lancar Setia Fontaines Heritage Park di Kepala Batas

WONG Hon Wai (kiri) bersama Zaini Yusoff (dua kanan) dan barisan dif kehormat sempena pelancaran rasmi Setia Fontaines Heritage Park di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: S P Setia Berhad (S P Setia) melancarkan Setia Fontaines Heritage Park di Kepala Batas, sekali gus memperkukuh daya tarikan pelancongan dan pembentukan tempat di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata, inisiatif berkenaan bukan sahaja meningkatkan nilai dan daya tarikan Setia Fontaines sebagai perbandaran terkemuka, malah menyumbang secara bermakna kepada pertumbuhan sosioekonomi di rantau berkenaan.

“Ia mencerminkan peranan penting pelaburan sektor swasta yang bertanggungjawab dalam mewujudkan komuniti mampan, memperkukuh ekonomi tempatan serta menyokong aspirasi pembangunan jangka panjang negeri,” katanya dalam kenyataan.

Taman awam seluas 40.47 hektar itu dilancarkan secara rasmi oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib bersama Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

Terletak di dalam perbandaran Setia Fontaines, Heritage Park yang dibina bersebelahan tasik buatan manusia seluas 25.5 hektar dan air pancut berirama itu direka bagi menyokong kehidupan berkualiti, rekreasi, kesejahteraan serta penglibatan komuniti.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif S P Setia Berhad, Datuk Zaini Yusoff berkata, pelancaran itu menzahirkan komitmen jangka panjang syarikat untuk membina perbandaran mampan yang berteraskan komuniti.

“Setia Fontaines Heritage Park mewakili komitmen berterusan kami untuk membina lebih daripada sekadar kediaman. 

“Menerusi placemaking yang teliti, ruang awam hijau dan pengalaman berteraskan komuniti, kami membentuk Setia Fontaines menjadi bandar terintegrasi yang menyumbang kepada pertumbuhan Pulau Pinang.

“Heritage Park dihasratkan bukan sekadar kemudahan perbandaran, malah sebagai tarikan gaya hidup dan rekreasi baharu yang berpotensi meningkatkan kehadiran pengunjung di Seberang Perai Utara dan kawasan sekitarnya,” katanya. 

Pelancaran rasmi tersebut turut disusuli dengan Karnival Jom Mai Setia Fontaines yang menampilkan pelbagai aktiviti keluarga, program bertemakan Hari Malaysia, persembahan kebudayaan dan pameran pelancongan.

Pembangunan berteraskan penjenamaan destinasi itu turut mendapat kerjasama strategik daripada pelbagai rakan kongsi termasuk Tourism Malaysia, Penang Global Tourism dan Maybank. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×