KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah tidak pernah mengahalang anaknya, Zaki Yamani berkawan baik dengan penyanyi, Azeva.
Menurut Zaki, bapanya bersikap terbuka asalkan fokus anaknya terhadap bidang yang diceburi tidak terganggu.
“Saya ada berjumpa beliau baru-baru ini, kami berborak tentang perkembangan masing-masing.
“Bapa saya tidak menghalang saya nak berkawan dengan Azeva, tapi seeloknya katanya biarlah karier tidak terganggu,” katanya.
Zaki bagaimanapun pelik apabila cerita mengenai persahabatannya dengan Azeva sampai ke pengetahuan bapanya.
“Saya ada bertanyakan abang saya mengenai perkara ini, jawabnya menerusi TikTok.
“Dia juga tahu saya ke gimnasium, lantas menasihatkan saya kalau mahu jadi penyanyi badan jangan terlalu besar. Jadi saya berhenti ke gimnasium.
“Setiap nasihat beliau saya pegang dan ambil sebagai pedoman,” kongsinya. – UTUSAN











