Undang Yang Empat, Tunku Nadzaruddin tinggalkan Balai Undang Sungei Ujong

Undang Yang Empat, Tunku Nadzaruddin tinggalkan Balai Undang Sungei Ujong

KENDERAAN dipercayai membawa Tunku Nadzaruddin Almarhum Tuanku Ja'afar dilihat meninggalkan Kediaman Rasmi dan Balai Undang Sungei Ujong di Ampangan, Seremban, hari ini.-UTUSAN / MOHD SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Undang Luak Sungei Ujong, Tunku Besar Tampin dan Tunku Nadzaruddin Almarhum Tuanku Ja’afar meninggalkan Kediaman Rasmi dan Balai Undang Sungei Ujong di Ampangan, di sini, hari ini.

Tinjauan mendapati kenderaan dinaiki Tunku Nadzaruddin bergerak meninggalkan lokasi berkenaan sebelum diikuti oleh pembesar pemerintah bersama yang lain.

Kenderaan tersebut turut diiringi anggota polis ketika meninggalkan kawasan berkenaan. Tidak lama kemudian, anggota polis yang berkawal di sekitar kediaman itu turut beredar.

Terdahulu, media melaporkan kawasan Kediaman Rasmi dan Balai Undang Sungei Ujong mula dikawal anggota polis pagi tadi.

Perkembangan itu berlaku ketika Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Tunku Nadzaruddin.

Bagaimanapun pertemuan yang dijadualkan berlangsung di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar itu dibatalkan atas faktor keselamatan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×