Apa berlaku selepas DUN Melaka dibubar?

Apa berlaku selepas DUN Melaka dibubar?

RAMLAN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Melaka akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, susulan pengumuman hari ini pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, akan berkuat kuasa esok.

Pembubaran DUN negeri itu diumumkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sebentar tadi.

Justeru itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas menerima pemakluman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima pemakluman mengenai perkara tersebut.

Katanya, pihaknya akan mengadakan mesyuarat selepas menerima pemakluman tersebut.

“Setakat ini, SPR belum menerima sebarang pemakluman mengenai pembubaran DUN Melaka,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dan mandat kerajaan negeri semasa dijadual berakhir pada 27 Disember ini.

Pada PRN Melaka ke-15 yang diadakan pada 20 November 2021, BN membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 21 daripada keseluruhan 28 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) menang lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Bagaimanapun, barisan EXCO kerajaan negeri yang dilantik turut membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH, sekali gus menggambarkan komposisi Kerajaan Perpaduan, seperti yang dilaksanakan di peringkat Persekutuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×