Media akan saman Trump - Utusan Malaysia

Media akan saman Trump

CNN akan saman Donald Trump. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Media CNN, MS NOW dan Politico akan menyaman pentadbiran Trump selepas dilarang memasuki Rumah Putih, menurut ketiga-tiga organisasi tu dalam kenyataan bersama pada Isnin.

Presiden Donald Trump pada Jumaat berkata, beliau mengharamkan organisasi media berkenaan daripada memasuki kediaman rasmi presiden itu sebagai hukuman kerana menyebarkan apa yang didakwanya sebagai berita palsu.

“Pagi ini, kami memaklumkan kepada kerajaan bahawa kami akan memfailkan saman hari ini bagi melindungi hak kami di bawah Pindaan Pertama Perlembagaan serta mempertahankan prinsip bahawa kerajaan tidak menentukan perkara yang dilaporkan atau diterbitkan oleh media,” kata CNN, MS NOW dan Politico dalam kenyataan bersama.

Ketiga-tiga organisasi media itu berkata, Rumah Putih menarik balik tauliah wartawan mereka tanpa notis atau proses sewajarnya kerana membantah laporan berita.

“Jika dibiarkan tanpa cabaran, tindakan ini mengancam kebebasan media dan hak orang awam terhadap kewartawanan bebas yang tidak dipengaruhi campur tangan kerajaan,” kata mereka.

Trump tidak menjelaskan secara terperinci perkara yang mendorong larangan itu.

Namun berkata, organisasi media tidak sepatutnya boleh terus-menerus menulis atau melaporkan fiksyen dan pembohongan apabila membuat liputan mengenai presiden AS. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×